Aku adalah............ bukan siapa - siapa..... (Amnesia)
Ini bukan sebuah puisi, ianya hanya bahasa atmaku yang diterjemah kepada tulisan kata dan abjad roman.....
Satu Pemerhatian
Hari ini, Aku Cuba masuk ke dalam jasad - jasad manusia, yang aku lihat dari kacamata merahku ini, Darinya kulihat, Seorang pemimpin berbicara hebat, Seorang guru memberi tunjuk ajar, Seorang tukang sapu di jalanan, Seorang penjual buah di bahu jalan.
Lalu ku terfikir,
kemudian berfikir lalu memikir - mikir.
Apakah mungkin,
seorang manusia itu, lebih mulia daripada yang lain?
Aku pejamkan mata, Membayangkan,
satu persatu sosok tubuh yang kulihat tadi, Muliakah pemimpin yang petah itu berbanding seorang tukang sapu? Muliakah guru yang tinggi ilmunya daripada mereka yang lain? Atau mungkin saja,
sebaliknya. Aku berfikir dan terus berfikir.
Sambil berfikir,
Mataku tertancap kepada sebuah cermin berbingkai besi,
Disitu ku luhat diriku sendiri…
Aku memerhati diri,
hingga akhirnya tercetusnya satu pemerhatian.
Aku bukan seorang pemimpin, Aku bukan seorang guru, Bukan juga seorang peniaga, Apatah lagi tukang sapu, Aku adalah…. Tiada siapa – siapa
Lalu apakah aku? Atau lebih tepat, siapakah aku?
Aku merenung…. Jauh kedalam diri… Siapa aku pada Negara? Siapa aku pada keluarga? Yang paling utama, siapa aku pada agama?
Dalam Usia ini…. Aku masih belum jadi siapa – siapa Aku adalah aku… Yang tak punya banyak perkara yang untuk dibanggakan. Aku berfikir, dan terus berfikir…
Muliakah aku berbanding mereka – mereka? Atau muliakah mereka daripadaku?
Akhir sekali, ku ulangi, ini bukan puisi, hanya bahasa atma yang ku terjemah menggunakan huruf roman agar bisa singgah diotak manusia yang bisa membacanya.
Anda rasa apa yang saya rasa?
Ya, saya rasa aneh...
=)
Amnesia ~ Satu Pemerhatian ~ ~Di atas bumi cinta~ ~03/07/2011~ ~9.20 malam~ |
indah . getaran jiwa menggegar . singgah di birai minda untuk dirasa . justeru bangun kita melihat, mencari , mentafsir siapa kita . namun jangan dilupa , kita hamba Tuhan yang Esa .
ReplyDeletemabruk enti . :)
syukran jiha....itu hasil nukilan sahabat areen yang satu lagi..amnesia...:)
ReplyDeleteJazakallah Najihah Razali kerana sudi meminjamkam mata menatap taipan kata diblog kami.....
ReplyDeleteYang sedang belajar hakikat hamba:
:)
~Amnesia~
areen anaemia ke?
ReplyDelete