Anaemia Amnesia

Anaemia Amnesia
pelangi itu indah..namun hanya untuk seketika..nikmatinya sebelum ia hilang..begitulah juga imanmu!

.::Tentang Kami::.

Showing posts with label tarbiyah hati. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah hati. Show all posts

Thursday, 7 July 2011

dia seksi(dulu),dia ustazah(sekarang)


ASSALAMU'ALAIKUM..


Ya Allah, lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami dan halaulah keresahan dari jiwa dan hati kami.”

pernah suatu ketika dahulu,saat aku baru mengenal apa itu Islam yang sebenar..(dan saat ini juga,aku masih mencari...)

soalan berkaitan iman,islam,dan ihsan menyapa setiap arah!!membuatkan aku jadi takut...(x mampu rasanya membayangkan tika baginda rasul di sapa malaikat Jibril untuk menerima seruan wahyu dari Allah...)cukup tragis mungkin saat itu bagi baginda...

satu roh baru yang ditiup dalam setiap aliran darah...itulah namanya HIDAYAH ALLAH..milik siapa Hidayah itu andai bukan milik......................

AWAK!!!

persoalan demi persoalan terus menerpa..

membuka minda menuju langsung ke hati..

selangkah kita bernekad untuk berubah,bukan susah untuk berpatah balik semula,semuanya terletak pada kekuatan jiwa..

"please lah...aku x lyk la nk dpt hidayah Allah..if one day aku dapat,masa tu lah aku nak buat baik..now,we'll wait n see..."

(=.=")

senario yang kedua,waktu itu,aku duduk bersama seorang sahabat...*rindu padanya...

"saya ni jahat...saya ni hina...masih banyak kekurangan...x lyk nak berdiri setanding dengan mereka yang berilmu tinggi dalam agama..doakan saya yer..."

*shooooooot doa untukmu...

“hati saya tenang sekarang..mungkin ini berkat doa mak ayah saya..kisah hidup saya yang gelap dulu,sya ingin basuh dengan hijrah saya ini..tapi macam mana nak kekalkan?bukankah itu satu yang susah?

Jawapan yang susah untuk dijawab,namun aku cuba mencari sumber yang boleh dijadikan panduan..dan Alhamdulillah,aku jumpa…

Jawapannya sebenarnya mudah. Usaha sahaja, sampai ke akhirnya. Jatuh, bangun, jatuh, bangun, sampai mati. Jangan pernah tak usaha untuk bangun, dan jangan pernah simpan dalam hati untuk terus nak buat jahat. Berusaha juga nak jadi baik, walaupun payah. InsyaAllah, mati dalam usaha nak jadi baik tu, Allah akan kira juga.

Yang nak bagi kita masuk syurga ni rahmat Allah, bukan bilangan amalan kita. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mulk ayat 2:

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

Allah sebut: "Paling Baik." Allah tak sebut: "Paling banyak."

Jadi, Allah itu akan kira semuanya. Allah akan tengok keikhlasan kita, kesungguhan kita masa kita usaha untuk lepaskan diri daripada dosa. Dapat lepas atau tak, itu nombor 2.

Jadikanlah kisah 100 pembunuh sebagai motivasi kita. Terdapat dalam hadith riwayat Muslim, kisah seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, dan kemudian dia membunuh lagi seorang menggenapkan 100. Tetapi dia tidak berputus asa dengan dosanya, dia tetap keluar mencari jalan taubat. Akhirnya, dia mati tanpa sempat pun bertaubat. Namun Allah mengira perjalanannya untuk bertaubat itu, lantas dia dimasukkan ke dalam syurga.

Teruskan berusaha.

Antara usaha yang boleh dilakukan adalah:

1 - Cari orang-orang yang soleh dan banyakkan duduk dengan mereka.

2 - Jauhi sumber2 kemaksiatan yang boleh buat kita rasa nak buat maksiat

3 - Banyakkan kebaikan.Isi segala masa kita dengan kebaikan.

sumber:Langit Ilahi

flashback sewaktu pengajianku di KISAS....tertumpahnya cahaya keimanan..

"..seronok bila kita dapat hidup dalam indahnya Islam kan??segala yang kita lakukan pasti indah andai kita salurkan semuanya untuk Allah...caranya,dengan kita hidup dalam satu jemaah..usrah...=)...matlamat kita sama..iaitu menjadikan dunia sebagai satu landasan ke akhirat.."

"di sini(Kisas),bi'ah solehah tu tidak perlu di cari adik2ku...kerana, semua di sini punya kefahaman yang jelas..tetapi,seandainya adik2 akak dh keluar nnt,akak harap adik jgn pernah lupa bahawa adik punya tempat untuk merasai suasana keislaman yang sebenar...seperti mana sabda Rasulullah SAW,mafhumnya:

' Islam itu datang dalam keadaan asing, ia akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang asing (ghuraba) ' (Hadis Riwayat Muslim)

jom jadi orang yang asing tuh...:)

SUBHANALLAH..satu peraturan yang telah di tetapkan oleh Allah...

kenapa kita selalu berfikir,'hidayah belum tiba lagi...'

itu masih dalam ketentuan Allah..Dia berhak untuk memilih hati mana yang layak untuk menerima cahayaNYA...

di situ....Dia ingin melihat usaha kita...amat beruntunglah bagi mereka yang tanpa banyak usaha,Allah telah memilih dia untuk merasai indahnya cahaya hidayah itu....alhamdulillah..all praises to Allah...

episod cinta itu akan bermula...jangan lepaskan ia..

balasan nya ialah syurga...kau layak!!

Sunday, 3 July 2011

kerana ikhlas,aku masuk neraka??

Assalamu'alaikum...
Fuh...tajuk post ni buat orang takut je...hihihi
Baca habis dulu dan anda nilai selepas ini...
Bidang penulisan bukan satu medan yang mudah...punya banyak komitmen yang perlu dilaksanakan...andai tiada keikhlasan,segala idea yang dicurahkan tiada gunanya..
kerana hanya pada Allah sahajalah tempat bergantung....
Dia yang menentukan keupayaan berfikir..
Yang menggerakkan hati anda untuk terus membaca...
Sebab itu,kali ini,ana ingin berkongsi perihal ikhlas yang ana hurai secara ringkas dari sebuah buku management hati iaitu karangan Ustaz Amru Khalid...Hati Sebening Mata air...
Pentingnya ikhlas dalam beramal kepada Allah…pesanan ataupun boleh dikatakan amaran daripada Rasulullah s.a.w bagi mereka yang taat kepada Allah S.W.T.jagalah hatimu dengan riya..dan sesungguhnya kita berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam..
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Sungguh.orang yang pertama kali merasakan neraka pada hari kiamat…”Yakni,ada 3 golongan yang pertama kali dilemparkan ke neraka,siapakah mereka itu?
Pertama,kata Rasulullah, “Lelaki yang mencari syahid,maka Allah SWT memberikan padanya,dan dihadapkan kepada Allah.Lalu Allah bertanya kepadanya,
“Apa yang engkau lakukan dengan nikmat itu?”
Ia menjawab: “Aku berperang kerana Engkau sehingga aku terbunuh.”
Lalu Allah berkata: “Engkau bohong!kau berperang agar kau disebut sebagai orang yang berani,bukankah sudah disebut?”
Lalu wajahnya ditarik, dan dilemparkan ke Jahannam.Inilah kaum yang pertama kali dilemparkan ke Jahannam.
Kedua, “Lelaki yang menuntut ilmu,mengajarkannya,dan juga membaca Al-Quran,maka Allah SWT memberikan padanya, dan dia dihadapkan kepada Allah.”Kepadanya Allah bertanya,
“Apa yang kau lakukan dengan nikmat itu?”
Lalu ia menjawab: “Ya Tuhanku,aku belajar ilmu kerana Engkau,dan mengajari manusia membaca Al-Quran juga kerana Engkau.”
Allah menyanggah, “Kau bohong!Kau belajar agar disebut alim,bukankah sudah dikatakan?Dan kau mengajarkan Al-Quran agar disebut qari,bukankah juga sudah dikatakan.”kemudian Allah memerintah,hingga wajahnya ditarik,dan dilemparkan ke Jahannam.
Dan yang ketiga, “Lelaki yang Allah lapangkan,dan Dia memberinya harta kekayaan.Lalu Allah memanggilnya, “Apa yang kau lakukan pada nikmat itu?”
Ia menjawab: “Ya Tuhanku,aku tidak tinggalkan satu jalan pun yang Engkau suka di sana dilakukan infak,kecuali aku berinfak di sana.”
Allah berkata: “Kamu bohong!kamu berinfak agar disebut dermawan,bukankah sudah dikatakan?”
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Mereka bertigalah yang pertama kali akan merasakan neraka Jahannam pada hari kiamat.”
(HR Muslim,At-Tirmizi dan Imam Ahmad)
Sahabat..dalam mengerjakan amal pada Allah,Ikhlas adalah paksinya…dengan nasihat yang Rasulullah SAW berikan, bukannya untuk kita tidak menuntut ilmu,mencari syahid dengan berjihad di jalan Allah mahupun menderma!Tetapi hanyalah peringatan agar kita tidak riya..
Apa panduan kita supaya kita yakin yang kita ikhlas dalam beramal pada Allah??Para ulama telah mendefinisikan ikhlas itu dalam tiga pengertian:
Pertama:Ikhlas ialah menkhususkan tujuan semua perbuatan ataupun amalan kepada Allah semata-mata,bukan kerana tujuan yang lain.
Kedua:Ikhlas adalah melupakan pandangan manusia,sehingga kita hanya melihat Sang Pencipta sahaja.Orang yang menangis kerana takut kepada Allah,memberikan infak,atau mengerjakan solat di tengah ribuan manusia tetap akan ikhlas.Ia hanya melihat pandangan Allah semata.
Ketiga:Ikhlas ialah dengan tidak memaksudkan perbuatan agar disaksikan orang,tetapi hanya mengharapkan pandangan Allah semata.Sebagai contoh,kita tidak menginginkan agar orang menyaksikan tudung kita yang labuh sehingga orang memuji kita wara’.Na’uzubillah…
Cukuplah dengan firman Allah:
Dan cukuplah Allah sebagai saksi…”(Al-Fath:28)
…dan kerana iman itu adalah paksi kita…<3
Wallahu’alam…salam perkongsian..

Biodata seorang penulis...wajarkah?


Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya. Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.
Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?
Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.
Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati

Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.
Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.
Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu

Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.
Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.
Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.
Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.
Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.
Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.
Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.
Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.

Tips 5: Istiqomah

Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.
Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.
Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.
Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.
Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.
Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.
Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.

~Hilal Asyraf ~
ms.langitilahi.com
p/s:pimpinan untuk jiwa...bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...