Anaemia Amnesia

Anaemia Amnesia
pelangi itu indah..namun hanya untuk seketika..nikmatinya sebelum ia hilang..begitulah juga imanmu!

.::Tentang Kami::.

Saturday 9 July 2011

Bersainglah Secara Sihat!

Bismillahirrahmanirrahim.......
Run for our akhirah! (Amnesia)


Saingan Bermula

Dalam hidup ini, kita semua bersaing…
Bersaing untuk menjadi yang terbaik,
Pemerintah dengan cara pentadbirannya,
Peniaga dengan cara niaganya,
Penternak dengan cara ternakannya,
Pelajar dengan cara terpelajarnya,
Tetapi semuanya bergerak,
Dalam arus dakwah dan tarbiyah,
Mu’min yang benar – benar mu’min,
takkan pernah meninggalkan dunianya,
Bahkan dia amat tahu bahawa dunia itu tempat buatnya,
mengumpul bekal,
Bagi hidup di akhirat yang infiniti…..


Hidup adalah satu persaingan. Manusia yang beriman sentiasa berlumba – lumba dalam kebaikan. Persoalannya, mengapa mereka ini mahu berlumba lumba dalam kebaikan?

Mereka melihat syurga,
Serta isi didalamnya,
Siapa penghuninya?
Apa perhiasannya?
Belum sempat memikir lebih,
airmata mereka basah,
Hati mereka meraung,
Tubuh mereka menggigil.

Kalian fikir kerana apa?

Kearana mereka lihat disyurga itu,
Dihuni,
Nabi – nabi,
Para syuhada’,
Para Mujahiddin.

Ya, disitu ada Rasulullah!
Disitu tempatnya Abu Bakar, ada Umar al-Khattab, ada Uthman, ada Ali,
Disitu ada Khadijah’, ada Aisya Humaira’ ada Ummu Habibah,
Disitu ada Mua’z Bin Jabal, ada Mus’ab, ada Bilal, ada Zaid.

Memikir keadaan diri,
Mereka rasa jauh.

Ya, mereka tahu,
Syurga adalah untuk mereka yang terbaik.
Namun tidak pula mereka berputus asa,
Kerana mereka yakin,
Rahmat Allah itu Luas,
Seperti firmannya.

Lalu mereka bermula,
Menyusun masa,
Mengatur strategi.

Persaingan kini bermula,
Adakah anda juga bersedia?


~Amnesia~
~Bersaing~
~Di Atas Bumi Cinta~
04/07/2011


Ayuh, kita tanya pada diri, dengan amalan yang kita lakukan hari ini,
Layakkah kita ke syurga?

Adakah anda rasa apa yang saya rasa?

Ya, saya rasa bimbang…..

Hingga saya terjumpa ini : 
 Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mulk ayat 2: "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

Allah sebut: "Paling Baik." Allah tak sebut: "Paling banyak."
Jadi, Allah itu akan kira semuanya. Allah akan tengok keikhlasan kita, kesungguhan kita masa kita usaha untuk lepaskan diri daripada dosa. Dapat lepas atau tak, itu nombor 2. (petikan post Anaemia : (dia-seksiduludia-ustazahsekarang)

sumber gambar : www.deviantart.com

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...